Pembuka Bicara

Nauzubillahi minassyaitoni rojim..
Bismillahirrahmanirrahim..

Bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanallahu wata’ala kerana dengan izin-Nya yang telah memberikan limpah taufik dan hidayah serta inayahNya sehingga laman web rasmi Badan Dakwah dan Kerohanian Pelajar(BADAR) SMK Seri Keramat ini dapat dilaksanakan.

Selawat dan salam diutuskan buat junjungan agung Muhammad al-Amin Rasulullah s.a.w serta ahli kerabatnya, para sahabatnya, para tabiin dan pengikut mereka, barisan salafussoleh yang agung, para du'at awwalin, ulama' mujtahidin serta mereka yang menelusuri sirah perjuangan dakwah Islamiyyah dan mengikut jejak langkah sehingga ke Hari Qiamat.

Ledakan teknologi maklumat telah membawa kita kepada satu dunia tanpa sempadan yang merentasi sempadan politik mahupun geografi. Sering dikatakan dunia kini bagaikan berada dihujung jari. Pelbagai informasi maklumat amat mudah diperolehi melalui internet yang mecakupi dunia global. Justeru itu, BADAR SMK SERI KERAMAT bertindak setapak lagi dengan mengadakan weblog rasminya sendiri dengan harapan supaya dapat memberi suatu nafas baru kepada generasi yang memimpin BADAR untuk meneruskan perjuangan yang suci ini secara lebih efisien lagi agar tidak ketinggalan untuk sama-sama menjalankan misi dakwah di alam siber ini demi memenuhi keperluan ummah pada masa kini.

Sekalung penghargaan buat semua pihak yang telah menyumbang tenaga, idea dari segala macam bentuk sama ada secara langsung dan tidak langsung demi meneruskan perjuangan dakwah. Semoga Allah menerima usaha kalian sebagai amal ibadah di sisiNya. Jazakumullahu khoiro jaza’. Terima kasih juga diucapkan kepada semua hamba Allah yang telah menziarahi laman ini dan juga mereka yang tidak putus-putus memberi sokongan dan dorongan.

Akhir kalam, pihak kami amat mengalu-alukan sebarang maklum balas, kritikan membina bagi menambahbaik mutu weblog kami ini dari semasa ke semasa agar kita mendapat manfaat bersama. Moga usaha ini dapat mencapai mardhotillah. InsyaAllah.

Kadang-kadang kita lupa, dalam mencari kebenaran dan berdakwah ke jalan Allah, kita selalu meminggirkan orang lain, dalam usaha kita berdakwah kepada orang lain, dengan niat untuk membawa mereka ke jalan Allah, kita selalu menganggap kita yang terbaik walhal kita semua sama sahaja, yang membezakan diri kita dan orang lain hanyalah iman, ilmu dan ketakwakan kita.
Siapa kita untuk mengukur keimanan dan ketakwaaan orang lain? Sedangkan iman di hati sendiri belum ada alat pengukurnya, sedangkan iman di hati kita bukannya seperti iman para sahabat, iman mereka tinggi ketika bersama Rasullullullah, rendah ketika jauh dari Baginda..tapi kita?bukan naik turun, KELUAR MASUK..Masya-Allah..siang kita beriman, malam kita kufur, malam kita beriman, siang kita kufur..Nauzubillah.

"Sesungguhnya Allah tidak mengurniakan kemuliaan dan kebesaran itu pada serban atau jubah yang labuh. Tetapi Allah mengurniakan kemuliaan kepada orang-orang yang berilmu dan bertakwa”.(Imam Abu Hanifah)

..dari percakapan seorang daripada 4 orang Imam besar,jelaslah mengatakan bahawa Allah tidak memandang kepada pakaian seseorang itu,tapi Allah menilai dirinya berdasarkan Ilmu dan Ketakwaan seseorang. Bukan maksud saya mengatakan bahawa seseorang itu bebas untuk berpakaian tanpa perlu mengikut landasan Islam sambil mendabik dada mengatakan aku sudah berilmu, jangan menilai dari pakaian aku.Tidak, silap sebenarnya. Kenapa Allah memberi kemulian kepada orang yang berilmu dan bertakwa? Kerana bila ilmu di minda dan takwa di hati..sesungguhnya ilmu itu sebagai petunjuk dan takwa itu sebagai penghalang dari diri kita untuk melakukan Maksiat..Ilmu mengatakan.."Untuk Menilai seseorang,tengok dari segi pakaiannya"..Takwa pula menghalang diri dari berpakaian yang dilarang oleh Islam..yang tentunya jauh terpesong dan mendedahkan aurat. Dalam kita berdakwah, tidak kira tempat atau masanya,perlulah kita ingat rendahkanlah diri kita seperti dalamnya lautan dan iman kita seperti berharganya mutiara di dasarnya. Disini ingin saya senaraikan 5 amalan atau tips-tips untuk kita menjadi seorang yang zuhud dan dikasihi ramai dalam berdakwah. Saya berkesempatan untuk membaca artikel ini semasa saya bersolat maghrib di Hospital Pulau Pinang minggu lepas. Pesan Imam Hanafi :

1. Hormat,sayang dan anggap kanak-kanak lebih mulia dari diri kita kerana mereka belum berdosa dan sesungguhnya mereka lebih suci dari kita

2. Hormat kepada orang yang lebih tua dari kita kerana sesungguhnya mereka lebih dahulu dari kita dalam melakukan ibadah dan beramal

3. Menyanjungi orang alim dan ulama kerana sesungguhnya ilmu mereka lebih tinggi dari kita,belajarlah dari mereka

4. Malu kepada orang jahil dan kafir kerana sesungguhnya mereka melakukan kesalahan dan maksiat tanpa mengetahui dosanya,sedangkan kita melakukan kesalahan walhal kita tahu akan azabnya

5. Jangan anggap orang yang berdosa lebih jahat dari kita kerana sesungguhnya hidayah milik Allah dan bila-bila masa sahaja Allah akan berikan hidayah kepadanya dan menarik hidayah kita.Mungkin suatu hari nanti dirinya akan lebih mulia disisi Allah daripada kita yg mencercarnya dulu(Nauzubillah)


Semoga kita dapat berpegang dan ikut apa yg disenaraikan di atas supaya usaha kita untuk berdakwah diredhai Allah,jadi lah seorang yang zuhud dan rendah diri supaya kita disenangi,jangan anggap diri kita yang terbaik dan kita meminggirkan rakan-rakan kita yang memerlukan "tangan" untuk membimbing mereka..sama-samalah kita berdakwah ke jalan Allah..Fisabillah Insya-Allah

Hasil nukilan asal : Izat Tarmizi bin Ismail
*telah disunting dan ditambah beberapa elemen untuk lebih menarik.

Jadilah seperti padi,
Semakin berisi, semakin tunduk menyembah bumi. MasyaAllah.

0 comments