Pembuka Bicara

Nauzubillahi minassyaitoni rojim..
Bismillahirrahmanirrahim..

Bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanallahu wata’ala kerana dengan izin-Nya yang telah memberikan limpah taufik dan hidayah serta inayahNya sehingga laman web rasmi Badan Dakwah dan Kerohanian Pelajar(BADAR) SMK Seri Keramat ini dapat dilaksanakan.

Selawat dan salam diutuskan buat junjungan agung Muhammad al-Amin Rasulullah s.a.w serta ahli kerabatnya, para sahabatnya, para tabiin dan pengikut mereka, barisan salafussoleh yang agung, para du'at awwalin, ulama' mujtahidin serta mereka yang menelusuri sirah perjuangan dakwah Islamiyyah dan mengikut jejak langkah sehingga ke Hari Qiamat.

Ledakan teknologi maklumat telah membawa kita kepada satu dunia tanpa sempadan yang merentasi sempadan politik mahupun geografi. Sering dikatakan dunia kini bagaikan berada dihujung jari. Pelbagai informasi maklumat amat mudah diperolehi melalui internet yang mecakupi dunia global. Justeru itu, BADAR SMK SERI KERAMAT bertindak setapak lagi dengan mengadakan weblog rasminya sendiri dengan harapan supaya dapat memberi suatu nafas baru kepada generasi yang memimpin BADAR untuk meneruskan perjuangan yang suci ini secara lebih efisien lagi agar tidak ketinggalan untuk sama-sama menjalankan misi dakwah di alam siber ini demi memenuhi keperluan ummah pada masa kini.

Sekalung penghargaan buat semua pihak yang telah menyumbang tenaga, idea dari segala macam bentuk sama ada secara langsung dan tidak langsung demi meneruskan perjuangan dakwah. Semoga Allah menerima usaha kalian sebagai amal ibadah di sisiNya. Jazakumullahu khoiro jaza’. Terima kasih juga diucapkan kepada semua hamba Allah yang telah menziarahi laman ini dan juga mereka yang tidak putus-putus memberi sokongan dan dorongan.

Akhir kalam, pihak kami amat mengalu-alukan sebarang maklum balas, kritikan membina bagi menambahbaik mutu weblog kami ini dari semasa ke semasa agar kita mendapat manfaat bersama. Moga usaha ini dapat mencapai mardhotillah. InsyaAllah.


Kisahnya bermula begini...




Arakian, adalah sepasang suami dan isteri petani pulang kerumah setelah berbelanja. Ketika mereka membuka barang belanjaan, seekor tikus memperhatikan gelagat sambil menggumam "hmmm...makanan apa lagi yang dibawa mereka dari pasar??"

Ternyata yang dibeli oleh petani hari adalah perangkap tikus. Sang tikus naik panik bukan kepalang.
Ia bergegas lari ke sarang dan bertempik, " Ada perangkap tikus di rumah....di rumah sekarang ada perangkap tikus...."

Ia pun mengadu kepada ayam dan berteriak, " Ada perangkap tikus !"
Sang Ayam berkata, " Tuan Tikus ! Aku turut bersedih tapi ia tak ada kena-mengena dengan aku.”

Sang Tikus lalu pergi menemui seekor Kambing sambil berteriak seperti tadi.
Sang Kambing pun jawab selamba, “Aku pun turut bersimpati.. .tapi tidak ada yang boleh aku buat. Lagi pun tak tak ada kena-mengena dengan aku. "

Tikus lalu menemui Sapi. Ia mendapat jawaban sama. " Maafkan aku. Tapi perangkap tikus tidak berbahaya buat aku sama sekali. Tak kanlah sebesar aku ni boleh masuk perangkap tikus. "

Dengan rasa kecewa ia pun berlari ke hutan menemui Ular. Sang ular berkata " Eleh engkau ni...Perangkap Tikus yang sekecil tak kan la nak membahayakan aku.”

Akhirnya Sang Tikus kembali kerumah dengan pasrah kerana mengetahui ia akan menghadapi bahaya seorang diri.
Suatu malam, pemilik rumah terbangun mendengar suara berdetak perangkap tikusnya berbunyi menandakan umpan dah mengena. Ketika melihat perangkap tikusnya, ternyata seekor ular berbisa yang jadi mangsa. Buntut ular yang terperangkap membuat ular semakin ganas dan menyerang isteri pemilik rumah.

Walaupun si Suami sempat membunuh ular berbisa tersebut, isterinya tidak sempat diselamatkan.
Si suami pun membawa isterinya kerumah sakit. Beberapa hari kemudian isterinya sudah boleh pulang namun tetap sahaja demam.

Isterinya lalu minta dibuatkan sup cakar ayam oleh suaminya kerana percaya sup cakar ayam boleh mengurangkan demam. Tanpa berfikir panjang si Suami pun dengan segera menyembelih ayamnya untuk dapat cakar buat sup.

Beberapa hari kemudian sakitnya tidak kunjung reda. Seorang teman menyarankan untuk makan hati kambing. Ia lalu menyembelih kambingnya untuk mengambil hatinya.Masih juga isterinya tidak sembuh-sembuh dan akhirnya meninggal dunia. Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un.
Banyak sungguh orang datang melawat jenazahnya. Kerana rasa sayang suami pada isterinya, tak sampai hati pula dia melihat orang ramai tak dijamu apa-apa. Tanpa berfikir panjang dia pun menyembelih sapinya untuk memberi makan orang-orang yang berziarah.

Dari kejauhan...Sang Tikus menatap dengan penuh kesedihan. Beberapa hari kemudian ia melihat Perangkap Tikus tersebut sudah tidak digunakan lagi.



SUATU HARI….KETIKA ANDA MENDENGAR SESEORANG DALAM KESUSAHAN DAN MENGIRA ITU BUKAN URUSAN ANDA...

FIKIRKANLAH SEKALI LAGI.

0 comments