Pembuka Bicara

Nauzubillahi minassyaitoni rojim..
Bismillahirrahmanirrahim..

Bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanallahu wata’ala kerana dengan izin-Nya yang telah memberikan limpah taufik dan hidayah serta inayahNya sehingga laman web rasmi Badan Dakwah dan Kerohanian Pelajar(BADAR) SMK Seri Keramat ini dapat dilaksanakan.

Selawat dan salam diutuskan buat junjungan agung Muhammad al-Amin Rasulullah s.a.w serta ahli kerabatnya, para sahabatnya, para tabiin dan pengikut mereka, barisan salafussoleh yang agung, para du'at awwalin, ulama' mujtahidin serta mereka yang menelusuri sirah perjuangan dakwah Islamiyyah dan mengikut jejak langkah sehingga ke Hari Qiamat.

Ledakan teknologi maklumat telah membawa kita kepada satu dunia tanpa sempadan yang merentasi sempadan politik mahupun geografi. Sering dikatakan dunia kini bagaikan berada dihujung jari. Pelbagai informasi maklumat amat mudah diperolehi melalui internet yang mecakupi dunia global. Justeru itu, BADAR SMK SERI KERAMAT bertindak setapak lagi dengan mengadakan weblog rasminya sendiri dengan harapan supaya dapat memberi suatu nafas baru kepada generasi yang memimpin BADAR untuk meneruskan perjuangan yang suci ini secara lebih efisien lagi agar tidak ketinggalan untuk sama-sama menjalankan misi dakwah di alam siber ini demi memenuhi keperluan ummah pada masa kini.

Sekalung penghargaan buat semua pihak yang telah menyumbang tenaga, idea dari segala macam bentuk sama ada secara langsung dan tidak langsung demi meneruskan perjuangan dakwah. Semoga Allah menerima usaha kalian sebagai amal ibadah di sisiNya. Jazakumullahu khoiro jaza’. Terima kasih juga diucapkan kepada semua hamba Allah yang telah menziarahi laman ini dan juga mereka yang tidak putus-putus memberi sokongan dan dorongan.

Akhir kalam, pihak kami amat mengalu-alukan sebarang maklum balas, kritikan membina bagi menambahbaik mutu weblog kami ini dari semasa ke semasa agar kita mendapat manfaat bersama. Moga usaha ini dapat mencapai mardhotillah. InsyaAllah.

Baru2 ni iluvislam telah melancarkan subdomain nye yg terbaru yakni testi.iluvislam..kt sini banyak kategori2 yg boleh dipilih..

testi ni kita leh letak kt mane sahaja spt Myspace, Friendster, Facebook, blog dan lain2 lagi..semua testi2 ni di buat oleh designer2 iluvislam yg berbakat..kebanyakan testi2 di sini berciri kan islamik dan memang susah nak cari..sbb yg biasa nya kita jumpa ialah dlm general nye design..

ni antara sebahagian testi..



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

0 comments