Pembuka Bicara

Nauzubillahi minassyaitoni rojim..
Bismillahirrahmanirrahim..

Bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanallahu wata’ala kerana dengan izin-Nya yang telah memberikan limpah taufik dan hidayah serta inayahNya sehingga laman web rasmi Badan Dakwah dan Kerohanian Pelajar(BADAR) SMK Seri Keramat ini dapat dilaksanakan.

Selawat dan salam diutuskan buat junjungan agung Muhammad al-Amin Rasulullah s.a.w serta ahli kerabatnya, para sahabatnya, para tabiin dan pengikut mereka, barisan salafussoleh yang agung, para du'at awwalin, ulama' mujtahidin serta mereka yang menelusuri sirah perjuangan dakwah Islamiyyah dan mengikut jejak langkah sehingga ke Hari Qiamat.

Ledakan teknologi maklumat telah membawa kita kepada satu dunia tanpa sempadan yang merentasi sempadan politik mahupun geografi. Sering dikatakan dunia kini bagaikan berada dihujung jari. Pelbagai informasi maklumat amat mudah diperolehi melalui internet yang mecakupi dunia global. Justeru itu, BADAR SMK SERI KERAMAT bertindak setapak lagi dengan mengadakan weblog rasminya sendiri dengan harapan supaya dapat memberi suatu nafas baru kepada generasi yang memimpin BADAR untuk meneruskan perjuangan yang suci ini secara lebih efisien lagi agar tidak ketinggalan untuk sama-sama menjalankan misi dakwah di alam siber ini demi memenuhi keperluan ummah pada masa kini.

Sekalung penghargaan buat semua pihak yang telah menyumbang tenaga, idea dari segala macam bentuk sama ada secara langsung dan tidak langsung demi meneruskan perjuangan dakwah. Semoga Allah menerima usaha kalian sebagai amal ibadah di sisiNya. Jazakumullahu khoiro jaza’. Terima kasih juga diucapkan kepada semua hamba Allah yang telah menziarahi laman ini dan juga mereka yang tidak putus-putus memberi sokongan dan dorongan.

Akhir kalam, pihak kami amat mengalu-alukan sebarang maklum balas, kritikan membina bagi menambahbaik mutu weblog kami ini dari semasa ke semasa agar kita mendapat manfaat bersama. Moga usaha ini dapat mencapai mardhotillah. InsyaAllah.

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Sekadar renungan sekilas bersama ..
Wang RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya.

Wallahu'alam.

0 comments