Pembuka Bicara

Nauzubillahi minassyaitoni rojim..
Bismillahirrahmanirrahim..

Bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanallahu wata’ala kerana dengan izin-Nya yang telah memberikan limpah taufik dan hidayah serta inayahNya sehingga laman web rasmi Badan Dakwah dan Kerohanian Pelajar(BADAR) SMK Seri Keramat ini dapat dilaksanakan.

Selawat dan salam diutuskan buat junjungan agung Muhammad al-Amin Rasulullah s.a.w serta ahli kerabatnya, para sahabatnya, para tabiin dan pengikut mereka, barisan salafussoleh yang agung, para du'at awwalin, ulama' mujtahidin serta mereka yang menelusuri sirah perjuangan dakwah Islamiyyah dan mengikut jejak langkah sehingga ke Hari Qiamat.

Ledakan teknologi maklumat telah membawa kita kepada satu dunia tanpa sempadan yang merentasi sempadan politik mahupun geografi. Sering dikatakan dunia kini bagaikan berada dihujung jari. Pelbagai informasi maklumat amat mudah diperolehi melalui internet yang mecakupi dunia global. Justeru itu, BADAR SMK SERI KERAMAT bertindak setapak lagi dengan mengadakan weblog rasminya sendiri dengan harapan supaya dapat memberi suatu nafas baru kepada generasi yang memimpin BADAR untuk meneruskan perjuangan yang suci ini secara lebih efisien lagi agar tidak ketinggalan untuk sama-sama menjalankan misi dakwah di alam siber ini demi memenuhi keperluan ummah pada masa kini.

Sekalung penghargaan buat semua pihak yang telah menyumbang tenaga, idea dari segala macam bentuk sama ada secara langsung dan tidak langsung demi meneruskan perjuangan dakwah. Semoga Allah menerima usaha kalian sebagai amal ibadah di sisiNya. Jazakumullahu khoiro jaza’. Terima kasih juga diucapkan kepada semua hamba Allah yang telah menziarahi laman ini dan juga mereka yang tidak putus-putus memberi sokongan dan dorongan.

Akhir kalam, pihak kami amat mengalu-alukan sebarang maklum balas, kritikan membina bagi menambahbaik mutu weblog kami ini dari semasa ke semasa agar kita mendapat manfaat bersama. Moga usaha ini dapat mencapai mardhotillah. InsyaAllah.

4 PeRKARA YaNG MeMUDaHKAN LaLUaN Ke NeRaKA:

· Susah Hendak Membaca Al-QuRAN.

· Tidak Pernah Terlintas Dihatinya Untuk MuHASABAH DiRI Tentang Dosa2 Yang Telah Lalu.

· Tidak Berminat Untuk Meninggalkan MaKSIAT.

· Berasa Seronok Melakukan PeRKARA-PeRKARA HaRAM.

SeBab2 Ilmu Tidak Berkat

1. Tidak Pernah melakukan solat Tengah Malam walau hanya 2 Rakaat.

2. Tidak pernah berada di dalam keadaan Berwuduk ketika Menuntut Ilmu.

3. Menunjuk Rajin apabila Berhadapan dengan Orang tetapi lupa Mengingati Allah apabila Keseorangan.

4. Makan semata-mata hendak Kenyang bukannya kerana untuk Ibadah.

5. Menyombongkan diri apabila Berhadapan dengan Guru.

4 PeRKARA YaNG DiPANDANG BaIK :

  • SiFat Malu daripada seorang Lelaki adalah Baik.
  • Bersifat Adil yang Diamalkan oleh Setiap Masyarakat adalah Baik.
  • Bertaubat dari Seorang Tua adalah Baik.
  • Orang Kaya yang Bersedekah adalah Baik.

4 PeRKARA YaNG DiPANDANG LeBIH BaIK :

  • SiFat Malu daripada seorang Wanita adalah Lebih Baik.
  • Keadilan seorang Pemimpin Terhadap Rakyatnya adalah Lebih Baik.
  • Bertaubat dari Seorang Pemuda adalah Lebih Baik.
  • Orang Miskin yang Bersedekah adalah Lebih Baik.

**

0 comments